Tips Pemakaian Tudung

Ramai yang beranggapan bahawa pemakaian tudung ini senang. Mengapa senang? senang jika rambut anda tidak terurus, jika rambut belum bercuci.

Namun, pada saya kebersihan dan kekemasan diri haruslah dititikberatkan dalam aspek pemakaian tudung. Anda harus bersifat kemas dan sentiasa menjaga kebersihan peralatan dalam memakai tudung. Aksesori yang digunakan ketika anda memakai tudung juga perlu ditiitkberatkan.

Di bawah ini saya nyatakan beberapa tips yang saya amalkan, yang mungkin dapat membantu anda yang seringkali menghadapi masalah dalam pemakaian hijab ini. Pemakaian hijab ini sangat mudah. kerana Islam itu mudah malah memudahkan :)


TIPS PEMAKAIAN TUDUNG


TIPS 1: ANAK TUDUNG


1)Anak tudung atau scarf atau inner merupakan antara aksesori tudung yang sangat penting dalam pemakaian tudung.


2) Terdapat banyak jenis anak tudung yang berada di dalam pasaran seperti anak tudung biasa, inner leher, inner silang dan pelbagai LAGI.

3) Anda perlu memastikan pilihan anak tudung anda adalah bersesuaian dengan jenis muka anda.

4) Dari aspek kebersihan pula, jika anda adalah seorang yang kuat berpeluh, maka tukarlah anak tudung anda secara kerap. Ini kerana ia bakal mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan apabila anda berada di khalayak ramai.

5) Lihat juga material anak tudung tersebut sama ada menyerap peluh mahupun tidak, mudah bergerak ataupun tidak. Kerana terdapat material seperti cotton yang sangat lembut dan selesa di pakai. Ia berbeza dengan material Lycra yang licin dan mudah bergerak.

6) Bagi memadankan anak tudung dengan jenis tudung atau shawl yang anda pakai pula, anda perlu bersifat kreatif dan bijak memilih warna yang menjadi kesukaan anda dan bakal meningkatkan keyakinan diri kita..